Latar belakang Abdul_Rahman_Sulaiman

Datuk Abdul Rahman lahir pada pada 26 Mei 1946 di Parit Buntar, Perak. Beliau berkahwin dengan Datin Maznah Adam dan dikurniakan dua anak lelaki dan seorang perempuan.

Pendidikan

Beliau pernah bersekolah di Sekolah Umum Parit Tok Ngah dan Methodist Secondary School di Parit Buntar. Pada tahun 1973 beliau belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang komunikasi pada 1976.

Kerjaya

1971 bertugas sebagai wartawan kanan bernama setelah memulakan kerjaya kewartawanan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai wartawan penyiaran pada 1966. Beliau dihantar ke Bangkok sebagai koresponden Bernama bagi Thailand dan Indo-China hingga 1978. Beliau ppernah menjadi Ketua Biro Johor, dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Am sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarang Bernama pada 1989.

Beliau mengetuai Jabatan Pengarang Bernama (1989-1995). Beliau pernah menjadi Pengarah Komunikasi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri (Ogos 2001-Mac 2010). Beliau juga merupakan Pengarah Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dari Mac 2009- kini.

Politik

1995 beliau dicalonkan oleh Barisan Nasional untuk bertanding kawasan parlimen Parit Buntar. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 beliau berjaya menewaskan Idris Abdul Rauf daripada Parti Semangat 46.